SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PEMOHON UNTUK MENDAPATKAN LESEN
Syarat-syarat kelayakan pemohon untuk mendapatkan lesen memandu adalah berdasarkan kelayakan umur dan kesihatan. Kelayakan minima umur mengikut jenis kenderaan adalah :-
Bagi permohonan Lesen Kelas E, E1 dan E2 pemohon perlu memegang Lesen Memandu Kelas D bagi tempoh setahun sebelum dibenarkan memohon. Manakala kelayakan kesihatan adalah dari segi sihat tubuh badan dan boleh melihat ke hadapan sehingga 23 meter dan tidak buta warna. Sekiranya pemohon ada kecacatan, pemohon adalah diminta untuk mendapatkan surat pengesahan pemeriksaan daripada doktor yang boleh mengesahkan pemohon adalah layak untuk memandu tanpa mendatangkan risiko kepada dirinya sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.
JENIS-JENIS LESEN MEMANDU
Terdapat beberapa jenis lesen memandu yang dikeluarkan.Jenis-jenis lesen memandu yang dikeluarkan adalah mengikut kegunaan sesuatu lesen itu seperti berikut :-
- Lesen belajar memandu bagi membolehkan seseorang belajar memandu (LDL)
- Lesen memandu percubaan bagi membolehkan pemandu baru memandu (PDL)
- Lesen memandu kompeten bagi membolehkan pemandu yang telah selesai tempoh percubaan memandu (CDL)
- Lesen memandu vokasional bagi membolehkan pemandu memandu kenderaan perkhidmatan awam dan kenderaan barangan (PSV, GDL, lesen konduktor).
KELAS-KELAS LESEN MEMANDU
JPJ Mengeluarkan lesen memandu seperti berikut:

CONTACT PUAN SARIMAH TEL :0192128014 ATAU NORWI TEL : 03 77816973
ReplyDeletepejabat imkeda jalan klang lama di taman medan pejasa dekat pjs 1 bersebelahan di petronas yg ada KFC
ReplyDelete